[ANDA GOLONGAN YG MANA?]

1) Anda suka tengok org lain cuba dulu. Tunggu & lihat. Bila ada yg berjaya baru anda bertindak.

2) Anda jenis suka mencuba sesuatu yg baru, tak berjaya takpe sekurang-kurangnya dah cuba dan dah merasai. Banyak lagi benda lain boleh anda terus mencuba.

3) Anda bila mencuba akan dibuat sehabis baik, ‘All out’ selagi ada kemampuan jika betul-betul apa yg diusahakan tak menjadi baru ‘surrender’.

4) Anda bila buat sesuatu akan dibuat sehingga berjaya, walau berat dan bermacam cabaran dihadapi pendirian anda akan tetap dan usaha diteruskan sehingga berjaya. Cara A tak menjadi, akan buat cara B,C,D dan seterusnya. Takkan menyerah selagi tak capai apa yg diinginkan.

5) Anda bila nak buat sesuatu anda nilai dulu berapa ramai yg berjaya buat. Sebelum mulakan tindakan anda susun dulu strategi… kukuhkan kekuda. Anda KAJI, KENAL & RANGKA dulu tempoh masa, kewangan, orang yg bakal terlibat samaada team dan bakal pelanggan.. anda dah tahu dimana ilmu dan guru yg boleh anda rujuk dan cari serta berkenalan dengan org yg dah berjaya buat. Bila mula buat anda buat sampai berjaya !

Komen anda nombor berapa. Walau dimana anda berada sekarang, anda tetap boleh ubah layar… ‘restrategize’ semula asalkan niat utk berjaya tetap utuh.

*Walaubagaimanapun niat anda untuk mencuba pun dah dikira sebagai langkah bijak. Jika teruskan dan konsisten itu pula dikira sbg luarbiasa.

Kenapa bijak?
Kerana kebanyakan orang langsung tak ingin mencuba.

#syukursentiasa