Cukai, cukai, cukai. Aduh, baru nak enjoy sikit hasil titik peluh keringat sendiri, dah kena bayar cukai dekat kerajaan.

Tapi nak buat macam mana, bukan ke itu wajib dan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia. Pemilik bisnes yang bijak, kena pandai dan ambil tahu cara yang anda boleh buat untuk kurangkan cukai tersebut.

Hari ni saya nak share perkongsian daripada pakar cukai tentang cara untuk kurangkan cukai bisnes dari sebelum mula berniaga lagi.

Sangat sesuai untuk mereka yang tengah belajar cara nk mula start bisnes, dan mereka yang dah memang ada bisnes, tapi nak mula bisnes baru.

Apabila anda mahu mulakan sesuatu bisnes, jangan lupa rekodkan dan simpan dokumen kewangan dengan baik sekalipun sebelum syarikat anda beroperasi.

Jika anda memenuhi terma dan syarat ditetapkan syarikat anda boleh membuat tuntutan-tuntutan berikut:

1. Perbelanjaan Kajian Kemungkinan, Kajian Pasaran dan kos berkaitan perjalanan serta penginapan bagi tujuan kajian.

2. Latihan pekerja dalam tempoh setahun sebelum operasi bisnes bermula. Bagi industri pengilangan, syarikat berpotensi mendapat potongan cukai 2 kali.

3. Kos pengambilan dan perlantikan pekerja juga boleh ditolak pada tahun pertama operasi biarpun ianya berlaku dalam tempoh 1 tahun sebelum operasi bermula.

4. Belanja pra penubuhan seperti kos penyediaan M & A, prospektus, pendaftaran syarikat dan duti setem.

5. Perbelanjaan gaji, sewa dan bil utiliti mungkin juga boleh dituntut jika ianya benar-benar dapat dibuktikan perlu dalam memastikan operasi syarikat boleh dimulakan.

Ini antara perbelanjaan yang biasanya bisnes owner terlepas peluang untuk membuat tuntutan kerana BIASAnya orang kata isytihar cukai hanya bila bisnes dah mula untung. Apa yang biasa dilakukan tak semestinya betul. Justeru, mula rekod dan simpan dokumen dari hari pertama anda mahu memulakan bisnes.

 

Kredit to:  Tuan Khairul Amal Hashim