CARA JADI AGEN UNIT TRUST

Saya jadi agen Unit Trust sejak hujung tahun 2011 lagi. Tujuan saya ialah untuk mengajak anda menyertai kami sebagai agen unit trust.

Cara nak jadi agen atau perunding unit amanah amat mudah sekarang. Sesiapa sahaja rakyat Malaysia umur 21 ke atas dan berjaya dalam exam unit amanah layak untuk jadi agen unit trust.

Apa yang ada dapat  untuk anda dengan menyertai agen Unit Trust?

  • Peluang yang teramat HEBAT untuk menjana pendapatan dengan modal rendah.
  • Peluang untuk menjadi bos anda sendiri dalam industri yang bernilai berbilion-bilion ringgit.
  • Waktu kerja yang amat Fleksibel.
  • Pembangunan peribadi dan profesionalisme.
  • Tiada risiko dibuang kerja atau VSS
  • Subsidi yang menarik, bonus, anugerah, pengiktirafan,  perjalanan luar negara  PERCUMA dan banyak lagi!

Contoh Peluang Pendapatan Sebagai Agen Unit Trust.

Pendapatan Bulanan
Bulan 1 – jual RM 100,000 dapat RM2,750
Bulan 2 – jual RM 150,000 dapat RM4,125
Bulan 3 – jual RM 200,000 dapat RM5,500
Bulan 4 – jual RM 200,000 dapat RM5,500

Yang menariknya, pelanggan akan terus melabur untuk 10 hingga 25 tahun dengan anda. Memang best kalau ada repeat sale macam ni.

Semua sekali terdapat 8 jenis pendapatan yang ditawarkan kepada anda sebagai Unit Trust Consultant. Menariknya, pendapatan ini boleh diwariskan kepada generasi kita yang seterusnya.

  1. Direct Commission
  2. Carrier Benefit
  3. Overriding
  4. Year End Bonus
  5. Breakaway Bonus
  6. Appreciation Bonus
  7. Equalization Bonus
  8. Annual Performance Bonus

Kenapa Agen Unit Trust ?

Unit trust terutamanya daripada Public Mutual mendapat sambutan daripada pelabur-pelabur di Malaysia. Jenama Public Mutual ada kelasnya tersendiri. Mudah untuk anda mengajak orang melabur dengan jenama yang sudah mendapat kepercayaan ramai rakyat Malaysia.

No 1 di Malaysia dan Asia Tenggara untuk unit amanah patuh shariah.

Sebagai unit trust consultant di Public Mutual adalah amat mudah untuk mengajak pelabur baru dan sedia ada untuk terus melabur.

Untuk mengajak pelabur melabur menjadi mudah kerana pelabur tidak perlu keluarkan duit tambahan untuk memulakan pelaburan.

Contohnya, pelabur boleh melabur dengan menggunakan sebahagian daripada simpanan KWSP.

Untuk pelaburan tunai kita boleh bertanya kepada pelabur berapakah daripada gaji bulanan yang diperuntukan untuk simpanan di ASB, Tabung Haji atau simpanan tetap. Biasanya kebanyakan pelabur sudahpun melabur ke dalam ASB atau Tabung Haji.

Kongsikan kelebihan pelaburan dengan Unit Trust dan minta pelabur untuk peruntukan sebahagian daripada jumlah simpanan ke dalam pelaburan dengan Unit Trust.

Kalau mereka tamak maka mereka akan pindahkan semuanya ke dalam Public Mutual. Sebelum itu pastikan mereka faham risk dan reward pelaburan dengan unit trust. Kalau mereka nak juga, apa saya boleh buat.

Public Mutual juga mempunyai sistem pembangunan agent yang sistematik. Apa latar belakang anda tidak penting, kami ada platform untuk anda belajar daripada A to Z menjadi seorang yang cemerlang.

9 Resepi Kejayaan

#1 Jujur dan Amanah dalam setiap urusan

Nama unit trust atau unit amanah memang bersangkut paut dengan nilai amanah. Kerana kita berurusan dengan wang pelabur kita.

Letak diri kita dalam situasi pelabur. Adakah kita akan lakukan perkara yang sama? Adakah kita akan ikut apa yang kita cakapkan?

Pelaburan unit trust untuk jangka masa panjang. Begitu juga hubungan kita dengan dengan pelabur juga bersifat jangka panjang. Seorang pelabur akan terus menjadi pelanggan sepanjang hayatnya.

Oleh itu amat penting untuk menjaga perhubungan dengan menunjukkan nilai amanah dan kejujuran yang tinggi.

#2 Kepercayaan

Kepercayaan atau trust diberi nilaian tinggi oleh pelabur. Ini berkait rapat dengan kejujuran dan amanah.

Jangan berjanji langit dan bumi yang akhirnya kita tidak dapat memenuhinya. Antara kesalahan serius dalam mempromosi unit amanah ialah menjanjikan pulangan setinggi 15%-18% setahun.

Lagi tinggi harapan yang diberikan lagi tinggi kebarangkaliannya untuk musnah.

Contohnya, saya 90% yakin unit amanah boleh berikan pulangan 8-10% setahun. Selebihnya bonus jika dapat lebih lagi.

#3 Mendengar

Saya dapati seorang introvert boleh pergi jauh dalam industry unit trust. Berbeza dengan pandangan umum, agen yang kurang bercakap lebih disukai berbanding agen yang banyak bercakap.

Maksudnya, kita perlu lebih mendengar apa yang pelabur mahu, masalah mereka dan bagaimana mereka sampai tahap sekarang.

 #4 Matlamat yang Jelas

Agen yang berjaya mempunyai wawasan yang jelas dalam hidupnya. Daripada mula hingga akhirnya.

Apa target hari ini, minggu ini, setahun akan datang dan di mana lima tahun dari sekarang.

Tulis matlamat. Ini untuk mengekalkan fokus terutamannya bila ketika saat sukar.

#5 Disiplin

Usain Bolt kata, orang nampak macam mudah sahaja dia berlari pecahkan rekod dunia. Tetapi apa yang orang tak nampak ialah kerja keras di sebalik tabir. Latihan berjam-jam bertahun lamanya untuk larian kurang 9 saat di olimpik

Kerjaya sebagai Agen unit turst tidak ada boss. Tiada boss akan buat call atau hantar email malam-malam. Tetapi bila jadi boss sendiri banyak pula agen yang tidak berdisiplin dalam bekerja.

Bangun lambat dan kerja bertangguh antara masalah disiplin. Tiada siapa nak marah kalau anda keluar rumah pukul 11 pagi atau buat kerja di saat akhir.

Kita bekerja bukan mengikut semangat. Tiada guna tangan menumbuk langit dalam seminar motivasi sekiranya selepas seminggu kembali longlai.

#6 Menjaga Masa

Mesti ada attack plan setiap hari. Bukan membiarkan masa berlalu dan menunggu peluang datang.

Kualiti dan kekemasan kerja sentiasa dipertingkatkan.

Paling penting masa dengan Tuhan. Ada lima waktu sehari appointment kita dengan Tuhan. Buatlah presentation yang terbaik kepadaNya, kerana closingnya sentiasa 100%.

Lagi banyak appointment denganNya lebih baik.

#7 Mencari Ilmu

Pelanggan anda mahukan agen yang pandai membaca isu semasa dan memberikan idea yang segar.

Untuk itu anda perlu sentiasa meningkatkan kemahiran melalui seminar, latihan dan buku yang dibaca.

Tidak kurang penting juga dengan siapa anda berkawan. Pilih kawan yang melihat hidup dalam kaca mata yang positif. Anda tidak mahu penyakit negatif mengjangkiti anda dan terpalit pula kepada pelanggan.

#8 Memberi Lebih Nilai

Top agen, tip top pendapatannya. Tetapi nilai yang diberikan kepada pelanggan lebih tinggi daripada apa yang mereka dapat sebagai pulangan. Jadikan diri anda sebagai agen yang tidak dapat ditolak oleh pelanggan.

Pelanggan jatuh cinta dan setia dengan anda

Tidak lokek untuk memberi tunjuk ajar dan sentiasa merendah diri dan tidak melihat pelanggan hanya sebagai transaksi sahaja.

#9 Content Marketing

Blogging, Facebook, Instagram dan Twitter telah terbukti dalam melariskan pelbagai produk di pasaran.

Sama juga dengan produk pelaburan. Bila bakal pelanggan mencari maklumat dengan Google, pastikan blog anda mudah dicari.

Dengan Facebook Page pula, bakal pelanggan akan lebih percaya dengan anda bila dapati ramai kawan yang like page.

Jika orang mencari pastikan anda available di alam maya. Lagi senang orang cari kita daripada kita cari orang.

Bagaimana Untuk Menjadi Agen Public Mutual?

Jika anda 21 tahun dan ke atas, tidak sabar-sabar untuk memulakan kerjaya baru, dan sudah tentu mempunyai keinginan membara untuk keluar dari “makan gaji” sindrom, anda boleh mulakan secara part time dahulu.

Apa yang perlu anda lakukan:

1. Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti di bawah:

  • Salinan IC
  • Gambar Passport – 4 keping
  • Sijil SPM atau Diploma atau Degree

2. Hubungi saya Edmond di 0192226910 (whatapps sahaja) atau klik link ini www.wasap.my/60192226910/UnitTrustAgen

Nota:

Yuran exam RM250. Jika semua dokumen sudah lengkap, saya seterusnya akan membantu anda untuk mendapatkan tarikh peperiksaan. Tutorial akan diberikan berdasarkan soalan tahun-tahun yang lalu.

Anda juga dikehendaki menjalani dua kursus. Setiap kursus mengambil masa selama 8 jam.

Kemudian anda akan masuk peperiksaan selama dua jam. Apabila anda telah lulus peperiksaan, anda akan secara rasmi menjadi Perunding Unit Amanah berlesen, di bawah FIMM dan Public Mutual. Lesen besar untuk mempromosikan unit trust dibawah Public Mutual.

Edmond Hamday, Financial Advisor (0192226910)

Klik Butang WASAP ni utk pertanyaan