DUIT MASUK ITU TIDAK PENTING.
===========================
Seorang penjual burger yang saya kenali, berbual bersama saya.
“Dah 3 tahun saya berniaga. Setiap hari jualan #bege tidak menentu. Kadang-kadang RM50, kadang-kadang RM100. Kadang-kadang sehingga RM150″
Saya bertanya —
“Paling tinggi berapa tuan jualan sehari?”
— “Boleh lah, dalam RM200 camtu”
Beliau senyap seketika sambil menggaru rambutnya yang tidak gatal.
— “Tapi, saya tidak dapat menyimpan. Walaupun setiap hari saya memegang duit Puan”.
Kali ini turn saya pula senyap seribu bahasa.
Sambil kepala ligat mengingati tentang nasihat-nasihat yang saya terima sewaktu saya mahu mengstruktur semula kewangan saya beberapa tahun lepas.
Nafas di hela panjang.
Saya menyambung.
“Tuan, setiap hari saya cadangkan tuan ketepikan beberapa amount ini”
1) Ketepikan 40% dari duit jualan untuk kos bahan mentah.
2) Ketepikan 10% dari duit jualan untuk kos sewa (walaupun tiada lagi kos sewa jika ianya percuma, ketepikan juga)
3) Ketepikan 40% dari duit jualan sebagai gaji tuan.
4) Ketepikan 10% dari duit jualan untuk pengembangan bisnes.
.
Ketika ini, kelihatan beliau seakan mencongak sesuatu.
Belum sempat beliau membuka mulut, saya menyambung.
“Contoh nya tuan. Jika hari ini jualan RM150, maka pembahagiannya begini —”
1) RM60 duit bahan mentah
2) RM15 duit sewa
3) RM60 duit gaji sehari
4) RM15 duit pengembangan bisnes.
—- “Tapi saya ada hutang nak bayar juga puan.”
“Tuan dah calculate hutang tuan?”
—- “Sudah. Ada 3 hutang dengan jumlah RM600 sebulan”
“Jika begitu, tuan bahagikan hutang RM600 sebulan kepada 26 hari. Maka, sehari dari duit gaji RM60, tuan ketepikan RM23. Yang berbaki RM37 adalah modal kelangsungan hidup tuan sehari.”
Nampak beliau semakin memahami apa yang cuba saya sampaikan.
Saya nampak jelas — raut wajah nya sudah kelihatan lebih ceria.
————–
Selang beberapa bulan, beliau tunjukkan sekeping gambar.
“Puan, semenjak jumpa puan tempoh hari, saya konsisten melakukan apa yang di saran dan saya tambah juga lagi satu simpanan iaitu konsisten menabung RM20 setiap hari dari duit gaji saya.
Hasilnya — sudah mahu masuk bulan mac, ia semakin berkembang puan.
Nampaknya, betul kata Puan. Berapa banyak duit yang masuk tidak penting. Tetapi berapa banyak duit yang keluar itu lebih penting.
Alhamdullilah. Walaupun berniaga #bege, tak mustahil tahun depan saya boleh mengembangkan perniagaan saya lagi”
————
Fuhhh! Saya pula teruja.
Rm20 setiap hari. Sebulan sudah boleh saving RM520. 3 bulan sudah RM1,500.
Jual #bege je kotttt. *haishhhh*
Recent Comments