5 Perkara Yang Ramai Orang Tidak Tahu Tentang Cukai Pendapatan!

 

1. Tunggakkan Cukai tidak terhapus sekalipun anda meninggal dunia. Waris atau pemegang amanah dilantik mahkamah perlu menyelesaikannya.

Justeru tidak mustahil ia perlu dimasukkan dalam wasiat terakhir jika sememangnya kita telah mengetahui tunggakkan tersebut lebih awal.

2. Pengarah Syarikat yang menerima Gaji & Elaun bukan sahaja perlu tertakluk kepada Potongan Cukai Berjadual (PCB) tetapi mereka seharusnya menerima Borang EA iaitu penyata gaji tahunan swasta biarpun syarikat tersebut adalah milik dirinya sendiri.

3. Perbelanjaan Renovasi atau pengubahsuaian adalah satu-satunya belanja modal yang tidak layak untuk tuntutan Elaun Modal. Dalam masa yang sama ianya tidak boleh dianggap sebagai belanja operasi.

Justeru sewajarnya perincikan perbelanjaan tersebut kerana mungkin terdapat di dalamnya belanja pembelian aset lain, belanja pembaikan dan sebagainya.

4. Ejen dan Wakil Jualan persendirian yang menerima pendapatan komisen seharusnya menyimpan bukti-bukti perbelanjaan seperti petrol, tol, parking, resit penginapan, keraian, bil telefon dan apa-apa yang sememangnya belanja dikeluarkan semata-mata dan sepenuhnya untuk menghasilkan pendapatan komisen tersebut.

Ini akan membantu mengurangkan cukai pendapatan anda!

5. Masih ramai yang merasakan PCB yang dipotongdan dibayar oleh majikan sudah cukup untuk menyelesaikan urusan cukai mereka sebagai pekerja.

Biarpun undang-undang membenarkan pekerja tersebut menganggap PCB sebagai cukai akhir namun tidakkah anda mahu memastikan anda mendapat manfaat dari pelbagai pelepasan dan rebat cukai diberi.

Jika ya, anda tetap perlu mengisi dan menyerahsimpan Borang Nyata Cukai untuk memastikan penjimatan cukai maksimum dapat dibuat.

Share jika anda fikir ia bermanfaat.

 

Tulisan: Khairul Amal Hashim