Bismillah. Saya nak kongsikan “BAGAIMANA NAK DAPATKAN RM 500k SELEPAS BERSARA?
Dalam posting ni, saya kongsikan dua study case khas untuk golongan belia.
Study case 1: umur 25 tahun
Objektif pelaburan longterm (bersara)
Modal permulaan: RM 1,000 sahaja.
Bulanan: RM 240
Jangka masa: 30 tahun (sampai umur 55 tahun)
Purata pulangan/tahun: 10 %
Study case 2: umur 35 tahun
Objektif pelaburan longterm (bersara)
Modal permulaan: RM 10k sahaja.
Bulanan: RM 600
Jangka masa: 20 tahun (sampai umur 55 tahun)
Purata pulangan/tahun: 10 %
Kenapa saya kongsi perkara ni?
1. Sebab memang kerja saya. Unit Trust Consultant.
2. Anda tahu berapa duit yang anda perlu selepas bersara? Katakan sekarang anda punya perbelanjaan bulanan RM 5k. Berapa kena ada masa bersara? RM 5k x 1 Tahun = RM 60k. Kalau anda hidup selepas bersara sampai umur 75 tahun (20 tahun selepas bersara? Berapa dah tu? RM 60k x 20 tahun = RM 1.2 juta.
3. Banyak kan? Tak banyak sebenarnya. Itu tak termasuk inflasi. Katakan kadar inflasi RM 1 = RM 2.4 selepas 30 tahun. *(3% kenaikan. Berdasarkan ramalan Bank Negara Malaysia). Jadi, RM 1.2 juta x RM 2.4 = RM 2.88 juta (inilah keperluan anda selepas bersara sebenarnya. Tak percaya? Lihat point seterusnya.
4. Contoh lain berkenaan inflasi adalah cuba anda bayangkan 20 tahun lepas Harga Rumah Teres RM 98k. Rumah teres yang sama hari ini RM 600k. Apa anda rasa sekarang? Cukupkah wang persaraan anda?
5. Apa realiti orang bersara? Realiti orang bersara ni biasanya dia akan selesaikan semua hutang yang ada rumah, kereta, pinjaman peribadi. Selain tu, nak selesaikan Haji/Umrah (sebab dah ada duit tunai). Anak-anak nak sambung belajar, kahwin. Katakan bersara RM 500k dalam keadaan selesaikan semua perkara diatas Semua pinjaman dalam RM 250k, Haji/Umrah untuk dua orang dalam RM 40k, anak-anak nak sambung belajar 3 orang dalam RM 60k. Berapa baki daripada RM 500k tu? RM 150k saja yang tinggal. Itu belum anak kahwin lagi.
6. RM 150k berbaki tu cuba kita bahagi untuk 20 tahun? (Katakan jangka hayat sampai 75 tahun.) = RM 7.5k setahun? Sebulan? RM 625 je? Fikirkan. Sedangkam sebelum ni perbelanjaan bulanan anda RM 5,000.
7. Kalau bergantung harap pada KW5P atau pencen memang tak cukup. Ini realiti! Saya bertanggungjawab untuk berkongsi dengan anda semua.
#unittrust#unittrustconsultant#educationplanning #retirementplanning#passiveincomeplanning#mutualgold#mutualgoldelite#jawatankosong#kerjakosong#kerjasantai#kerja#parttime#fulltime#job #careeropportunity#peluangkerja#peluangkerjaya
Nak tahu solusinya?
Recent Comments